Pegawai Polis Didenda RM2,000 Kerana Hina Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah agar tidak mendekati saksi pembelaan dalam kes dadah melibatkan seorang warga Australia.

Hakim Kamardin Hashim juga memerintahkan Insp Luther Nurjib @ Andrew dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.

Kamardin dalam keputusannya berkata, pemohon Dominic Jude Bird, 34, mendedahkan Luther melakukan kesalahan menghina mahkamah apabila dia mendekati saksi pembelaan, Mohd Fahrizal Rosli di lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 10 Disember 2012, tiga hari selepas mahkamah mengeluarkan perintah sekatan.

Hakim berkata, mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan peguam Luther, C.B. Liang, tanpa membelakangkan sistem keadilan jenayah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamardin menegur Luther kerana gagal mengemukakan permohonan maaf kepada mahkamah.

"Tiada usaha di pihak anda untuk membersihkan prosiding menghina mahkamah. Anda sepatutnya berusaha untuk memaklumkan kepada mahkamah dan menawarkan permohonan maaf," kata Kamardin.

Luther yang sebelum ini bertugas dengan Jabatan Narkotik di Balai Polis Dang Wangi bertindak selaku 'ejen provokasi' ketika menahan Bird semasa serbuan itu.

Luther membayar denda itu.

Pada 25 Mac lepas, Kamardin memerintahkan Bird membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada 4.15 petang pada 1 Mac tahun lepas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Bird, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita penghujahan di akhir kes pembelaan perbicaraan itu ditetapkan esok di hadapan Kamardin.

Perbicaraan kes Bird juga mendapat liputan media Australia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan