Kes Lepaskan Tahanan: Permohonan Ikat Jamin Koperal Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Khamis menolak permohonan ikat jamin seorang koperal polis yang didakwa dengan sengaja melepaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, dua minggu lalu.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Latheefa Koya yang mewakili tertuduh, Koperal M. Eamulai, 52.

Pada 16 Ogos lalu, mahkamah itu tidak membenarkan Eamulai diikat jamin selepas Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes itu serius kerana tertuduh melepaskan tahanan yang berhadapan dengan kes dadah dan membawa hukuman gantung jika disabitkan.

Dalam prosiding pada Khamis, Hakim Dazuki berkata dalam permohonan itu, alasan yang dikemukakan pihak pembelaan bukan fakta atau material baharu untuk mengubah keputusannya yang terdahulu.

"Peguam tertuduh sebelum ini telah menghujahkan perkara sama cuma bezanya pada prosiding hari ini dikemukakan laporan kesihatan," katanya.

Terdahulu, Latheefa menyerahkan laporan kesihatan anak guamnya yang dikatakan mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes itu.

Eamulai didakwa melepaskan Osuji Kelly Prince, 25, yang ditahan atas kesalahan dadah di Lokap Berpusat Jinjang di sini antara 9.30 pagi dan 10.46 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 225 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan