Calon PKR Kota Marudu Dakwa Dapat Jumlah Undi Tertinggi

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Maijol Mahap, calon PKR bagi kerusi Parlimen Kota Marudu membuat dakwaan di Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini bahawa beliau memperoleh jumlah undi tertinggi pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Katanya beliau mengetahui perkara itu selepas berpeluang melihat salinan ikatan dokumen pihak responden yang diperoleh peguamnya selepas memfailkan petisyen pilihan raya.

"Saya tidak berpeluang untuk mengesahkan perkara itu (jumlah undi tertinggi) kerana saya tidak memiliki Borang 14 (penyata yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon dan bilangan undi rosak dan keputusan akhir yang diwartakan).

"Sebaik saya melihatnya (ikatan dokumen) ia menunjukkan saya memperoleh bilangan undi tertinggi. Tetapi malam itu (apabila kertas undi dikira dan dijadualkan) di Dewan Masyarakat Kota Marudu (pusat pengundian) saya tidak mempunyai maklumat ini," kataya.

Beliau juga mendakwa ejen pilihan raya PKR tidak dapat menyaksikan pengiraan undi kerana pegawai pengurus pilihan raya menghalangnya.

Dalam petisyen itu, Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 13 Ogos lepas, Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.

Dalam petisyen itu, antara lain, Mahap mendakwa Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR.

Ongkili, yang mewakili Barisan Nasional (BN), memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan