Bekas Pengarah Dan Pengurus Besar Hartanah Didakwa Pecah Amanah RM750,000

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua individu iaitu bekas pengarah dan pengurus besar syarikat pengurusan hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan RM750,000 tahun lepas.

Hoh Kiang Po, 70, yang ketika itu pengarah syarikat Tong Khin Company Sdn Bhd, didakwa pecah amanah wang itu melalui 12 keping cek manakala Yik Choy Fong, 47, sebagai pengurus besar syarikat, didakwa bersubahat dengan Hoh melakukan pecah amanah itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di United Oversea Bank (M) Bhd, Cawangan Jalan Pudu, 408-410 Jalan Pudu di sini antara 30 November 2011 hingga 6 Januari 2012.

Bagi pertuduhan itu, Hoh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala Yik didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hoh juga didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang RM500,000 daripada RM750,000 itu melalui akaun Syarikat Choong Fatt Pawnshop Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad (Maybank), Cawangan Tun H.S. Lee di sini pada 6 Januari 2012.

Sementara itu, Yik turut didakwa terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram iaitu menerima dan menggunakan wang RM750,000 itu di Maybank cawangan Jalan Tun H.S. Lee dan United Overseas Bank, cawangan Jalan Pudu di sini antara 7 Disember 2011 dan 4 Januari 2012.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norizan Arifin menawarkan jaminan RM100,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Hoh dan Yik masing-masing diikat jamin RM140,000 dan RM150,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun beliau membenarkan Yik menyimpan pasportnya dan menyerahkan kepada mahkamah seminggu selepas pulang ke tanah air, selepas peguam Gobind Singh Deo memohon supaya dibenarkan Yik menggunakan pasport itu, untuk melawat anaknya di Brisbane, Australia pada 4 September hingga 7 September.

Mahkamah menetapkan 30 September untuk sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan