Alvin, Vivian Hadapi Tiga Pertuduhan, Cabar Kesahihan Akta

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 September untuk pengurusan kes yang melibatkan penulis blog seks, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee Mei Ling yang berdepan dengan tiga tuduhan berhubung ucapan bak kut teh Ramadan di Facebook dan gambar lucah mereka di blog.

Hakim, Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas peguam, Chong Joo Tian memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan dan keperlembagaan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang meliputi dakwaan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Chong berkata, Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh untuk mendengar mengenai perkara itu.

Pada 18 Julai lalu, Tan, 25, dan Lee, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa memaparkan imej lucah di blog mereka "alviviswingers.tumblr.com" di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini antara 6 dan 7 Julai.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memuat naik kandungan yang mempunyai kemungkinan untuk membangkitkan persengketaan berdasarkan agama di antara mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza di sebuah restoran di Jalan Dang Wangi di sini, antara 11 dan 12 Julai.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menerbitkan gambar berunsur hasutan dan komen "Selamat Berbuka Puasa (dengan bak kut teh ... wangi, enak, menyelerakan)" yang mengandungi logo halal dan mungkin kenyataan hasutan di Kompleks Mutiara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan