Bekas Pengarah Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat peralatan komunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), empat tahun lepas.

Gurmeet Kaur Ajmer Singh, 40, yang ketika itu pengarah syarikat Doxport E-Projects Sdn Bhd, didakwa membuat pernyataan palsu di dalam Akaun Pernyataan Pemohon bertarikh 21 Dis 2009 yang telah diserah simpan kepada pendaftar syarikat bagi tujuan permohonan pemotongan nama syarikat itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SSM, Tingkat 13, Putra Place, 100 Jalan Putra dekat sini pada 21 Disember 2009 mengikut Seksyen 364 (2) Akta Syarikat 1965 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Lidia Fyrulliza Ishak daripada SSM menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM15,000 atas alasan anak guamnya merupakan seorang suri rumah dan mempunyai tiga anak yang masih kecil.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 September depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan