Petisyen Kota Marudu: Ejen PKR Dakwa Ketua Tempat Mengundi Tidak Umum Jumlah Undi

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis diberitahu oleh seorang ejen mengundi PKR bagi kerusi Parlimen Kota Marudu, Majlis Lubok bahawa ketua tempat mengundi di Balai Raya Bombong tidak membuat pengumuman jumlah undi yang diperoleh setiap calon kerusi itu.

Bagaimanapun, Majlis, 33, berkata beliau tidak membuat bantahan atau aduan mengenai perkara berkenaan selepas proses pengiraan undi selesai.

"Bagaimana saya hendak buat bantahan undi setiap calon, KTM (ketua tempat mengundi) tidak beri atau tidak mengumumkan apa-apa penjumlahan undi yang diperoleh setiap calon," kata saksi ke-13 perbicaraan petisyen kerusi Parlimen Kota Marudu.

Majlis berkata ketua tempat mengundi itu juga tidak memberikan salinan Borang 14 yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon, sebaliknya beliau hanya diminta menurunkan tandatangan.

"...selepas proses pengiraan undi, saya minta KTM kertas penjumlahan undi (Borang 14), KTM menyatakan bahawa mereka tidak diarahkan pegawai daerah untuk serahkan Borang 14 kepada ejen pilihan raya selepas penjumlahan undi," katanya pada perbicaraan petisyen hari ketiga.

Terdahulu, saksi ke-12, Jabinson Jaunar, 29, ejen pilihan raya PKR yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Kota Marudu berkata beliau juga tidak diberikan salinan Borang 14 selepas membuat aduan kepada KTM.

Dalam petisyen itu, calon PKR Datuk Maijol Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 13 Ogos lepas, Hakim Datuk Yew Jen Kee memutuskan supaya dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu, tetapi Ongkili kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.

Dalam petisyen itu, antara lain, Mahap mendakwa Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR.

Ongkili, yang mewakili Barisan Nasional, memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan