Ibrahim Ali Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Saifuddin Nasution - Berita Mahkamah | mStar

Ibrahim Ali Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Saifuddin Nasution

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah menarik balik saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi SM Komathy Suppiah membatalkan tuntutan sivil selepas bertemu kedua-dua pihak dalam kamar hakim.

Peguam Saifuddin William Leong berkata pesuruhjaya kehakiman tidak membuat apa-apa perintah tentang kos.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan