Dua Individu Didakwa Miliki Buku, Dokumen Berkaitan Syiah - Berita Mahkamah | mStar

Dua Individu Didakwa Miliki Buku, Dokumen Berkaitan Syiah

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Dua individu termasuk seorang doktor wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap tuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah.

Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 31, didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dr Nur Azah didakwa melakukan kesalahan itu di No 41, Jalan Medan Kamunting, Medan Kamunting manakala Mohammad Ridzuan dituduh melakukan kesalahan berkenaan di No 125 Lorong Jelutong, Kampung Jana Sambungan, Kamunting, kedua-duanya pada 5 Ogos lepas.

Hakim Syarie Azman Saad menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan