BN Kekal Kerusi Parlimen Labis

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak dengan kos petisyen yang difail calon DAP untuk membatalkan keputusan kerusi Parlimen Labis pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Chua Tee Yong.

Hakim Datuk Suraya Othman dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan S. Ramakrishnan cacat kerana gagal mematuhi Perintah 3 dan 9 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Perwakilan perlu dilakukan oleh pempetisyen...petisyen ini tidak difailkan oleh pempetisyen dan ini bercanggah dengan Perintah 3 dan 9 (Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954)," katanya.

Peraturan itu hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya dan tidak boleh melalui pihak ketiga.

Beliau juga berkata plaintif gagal membuktikan di mahkamah bagaimana artikel yang dikemukakan oleh akhbar tertentu mengenai beliau telah memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

Pada PRU-13 pada 5 Mei lepas, Chua memperoleh 37,714 undi menewaskan Ramakrishnan dengan majoriti 353 undi.

Suraya juga memerintahkan Ramakrishnan membayar RM20,000 kepada Chua yang merupakan responden pertama dan RM10,000 masing-masing kepada Pegawai Pilihan Raya (RO) bagi kerusi Labis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dinamakan responden kedua dan ketiga.

Beliau berkata jumlah kos perlu lebih tinggi daripada kes biasa kerana perkara itu adalah penting dan hakim dilantik hanya untuk mendengar kes pilihan raya.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Ramakrishnan Malik Imtiaz Sarwar dan Gobind Singh Deo membantah kos tinggi dikenakan terhadap anak guam mereka.

Chua diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala RO dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan