BN Kekal Kemenangan di Parlimen Merbok

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, Isnin menolak petisyen difailkan calon PKR Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden.

"Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana?.

"Mesti ada kaitan dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mesti datang dengan fakta dan alasan yang lengkap," katanya.

Dalam petisyen itu, Nor Azrina menamakan anggota Parlimen Merbok Dr Ismail Daut dari BN sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Merbok sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.

Hadhariah memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Ismail dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga.

Nor Azrina diwakili peguam Gooi Hsiao Leung, Ismail diwakili peguam Datuk Hashim Jahaya manakala responden kedua dan ketiga diwakili peguam persekutuan L.Chandra Devi, Nurulhuda Nur'Aini Mohd Nor, Nik Mohd Noor Nik Kar dan Farah Azlina Latif. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan