MP Raub Antara Empat Didakwa Langgar Akta Peraturan Aman

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Dua penganjur Himpunan Hijau tahun lalu minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas kesalahan melanggar Akta Perhimpiunan Aman 2012.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Perlombongan Emas Anti-Sianida, Wong Kin Hoong, 65, dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana mengambil bahagian dan berarak ketika himpunan berkenaan dari padang bola sepak kompleks sukan daerah Raub ke Bangunan Gunasama Persekutuan Raub.

Kedua-dua tertuduh dilaporkan melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2 hingga 4.30 petang 2 September tahun lalu.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 15(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Dua lagi turut didakwa di mahkamah yang sama atas kesalahan membawa kanak-kanak menghadiri himpunan.

Mereka ialah Liew Chee Cheong, 43, dan Chan Lai Yoong, 32.

Hakim Mahkamah Sesyen, Shahrizat Ismail membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa mewakili pihak pendakwaan sementara tertuduh diwakili Mohd Harris Abdullah, Roger Chan dan Lai Chee Meng.

Ramai penyokong berkumpul di luar perkarangan mahkamah dengan memakai kemeja-T berwarna hijau bagi memberi sokongan moral.

Turut hadir pemimpin dan Adun Pakatan Rakyat termasuk Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Mentakab), Leong Ngah Ngah (Tanah Rata), Chow Yu Hui (Bilut), Lee Chin Chen (Ketari), Choong Siew Onn (Tras) dan aktivis himpunan Hijau, Wong Tack.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan