Suri Rumah Didakwa Perdagang & Dera Pembantu Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan memperdagangkan dan mendatangkan cedera parah ke atas pembantu rumah warga Indonesia, minggu lepas.

Chai Eng Fong, 40, didakwa memperdagangkan wanita berusia 30 tahun itu bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Chai juga didakwa dengan niat mendatangkan cedera parah ke atas mangsa dengan memukul dan menyimbah air panas sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka, kepala, telinga, dua belah payu dara, belakang badan dan paha.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Subang Bistari Shah Alam, dekat sini pada 7 malam, 8 Ogos lepas.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 2 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam TH Goh.

Peguam Rosal Azimin Hamad hadir selaku peguam pemerhati untuk Kedutaan Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan