Kes Hasutan: Kenyataan Berkaitan Penguguran Nizar Dibuat Secara Ikhlas - Karpal

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat bahawa kenyataan beliau berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak dibuat secara ikhlas.

Karpal mengadakan sidang akhbar pada 6 Februari 2009 di pejabatnya bagi menyatakan kedudukan undang-undang dalam isu itu untuk faedah orang ramai dan menegaskan beliau tidak mempunyai agenda peribadi terhadap Sultan Perak.

"Ia adalah kenyataan bona fide (dengan niat baik) sebagai seorang anggota Parlimen dan saya menyokong kenyataan itu dengan undang-undang kes di mana Raja-Raja boleh didakwa," katanya ketika disoal peguam Gobind Singh Deo pada perbicaraan kes hasutan beliau di depan Hakim Azman Abdullah.

Semalam, Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badarudin bahawa beliau tidak berhemat dan telah mengelirukan orang ramai dengan kenyataannya itu.

"Saya menjadi peguam hampir 43 tahun, saya mengkaji apa yang berlaku ketika krisis politik di Perak dan tidak ada apa-apa hasutan dalam kenyataan saya," katanya.

Pada prosiding hari ini, Karpal turut merujuk rakaman Hansard Parlimen bertarikh 18 Januari 1993 bagi menunjukkan bahawa dalam perdebatan ketika pembentangan Rang Undang-Undang Kekebalan Raja-Raja Melayu, terdapat lebih banyak kenyataan berbaur hasutan.

"Tiada sebarang tindakan diambil terhadap anggota Parlimen yang melakukan kesalahan itu meskipun mereka tidak mempunyai kekebalan daripada pendakwaan jenayah. "Di bawah Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang namun tindakan terhadap saya berhubung apa yang saya katakan berkaitan krisis politik Perak jelas menunjukkan terdapat pendakwaan selektif di pihak pejabat Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata dua laporan polis yang dibuatnya turut dikemuka sebagai sebahagian pembelaan dalam kes itu bagi menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat kesalahan hasutan lebih serius dilakukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, namun tiada tindakan diambil terhadap mereka.

"Sehingga hari ini, tiada kenyataan direkod oleh polis berhubung laporan yang dibuat oleh saya terhadap kedua-dua ahli politik," katanya sebelum mengakhiri keterangannya sebagai saksi pertama pembelaan. Sementara itu, Gobind memaklumkan mahkamah bahawa pembelaan akan memanggil dua saksi rasmi berkaitan laporan polis berkenaan diikuti bekas Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said.

Pada 11 Jun 2010, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Feb 2009.

Bagaimanapun, pada 20 Januari 2010, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayaun pendakwaan dan memerintahkan Karpal membela diri.

Karpal, 73, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Perbicaraan bersambung 4 Oktober. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan