BN Kekal Menang di Parlimen Bagan Datoh & Tapah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh dan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi dua kawasan itu.

Mahkamah menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos.

Bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan seorang pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Perintah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Perintah itu mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman," katanya.

Umi Kalthum memerintahkan Madhi dan Azmi masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden iaitu Anggota Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Responden diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamauddin manakala PKR diwakili peguam Edmund Bon dan Azmi diwakili peguam Chong Kok Yew.

Bagi kawasan Parlimen Tapah, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menolak petisyen yang difailkan calon PKR K. Vasantha Kumar kerana pempetisyen juga didapati gagal mematuhi Perintah 9, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintahkan pempetisyen membayar kos RM50,000, masing-masing kepada responden pertama iaitu anggota Parlimen Tapah Datuk M. Saravanan, responden kedua Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saravanan diwakili peguam Abu Bakar As Sidek Mohd Sidek dan Badrul Hishah Abdul Wahap, Peguam Kanan Persekutuan Donald Joseph Franklin mewakili responden kedua dan ketiga manakala pempetisyen diwakili peguam K. Hariharen.

Pada PRU-13, Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh manakala Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan