Bekas Pemilik Syarikat Didakwa Palsu Tandatangan Libatkan RM1.46 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang bekas pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan memalsukan tandangan rakan kongsi syarikat untuk membuat pinjaman bank bernilai RM1.46 juta pada tahun 2004.

Meo Mohd Ali @ Meor Mohd Alwi, 65, didakwa menggunakan dokumen 'Members' Resolution' dan 'Circular Resolution' Syarikat A&A, Trading Services Station Sdn Bhd untuk membuat pinjaman bank bernilai RM1.46 juta dengan cara memalsukan tandatangan dua rakan kongsi syarikat dan tanpa pengetahuan mereka mengeluarkan wang pinjaman itu untuk kegunaan peribadi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di OCBC Bank, Jalan Dato Maharajalela, di sini pada 26 Januari 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof dan tertuduh diwakili peguam Tun Ammar Aziz. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan