Kontraktor Didakwa Tawar Rasuah RM500,000 Kepada Pegawai Polis

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 kepada seorang pegawai polis pada April lepas.

Zulkifli Ali, 49, dituduh menawarkan rasuah itu kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar, ASP Abdul Ghani Talib sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 2C, Blok C, Pangsapuri Indah, Jalan Salleh, Muar pada 2.45 petang, 12 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Ridzuan Abd Malik di hadapan Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru Norhidayah Abdul Manaf.

Norhidayah membenarkan Zulkifli, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM20,000 namun tertuduh gagal membayarnya.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 18 Sept depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan