Keputusan Petisyen Pilihan Raya Parlimen Sarikei Pada 5 September

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Mahkamah Pilihan Raya di sini Khamis menetapkan 5 September ini untuk membuat keputusan mengenai petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Sarikei.

Hakim Pilihan Raya Chew Soo Ho semasa membuat keputusan itu berkata, ini untuk memberi masa kepada peguam David Kuok yang mewakili pempetisyen untuk menjawab hujahan yang dikemukakan peguam Chong Siew Chang yang mewakili responden dan juga untuk meneliti beberapa perkara yang tidak dibangkitkan dalam petisyen itu.

Petisyen itu difailkan calon Barisan Nasional Ding Kuong Hiing yang tewas kepada Wong Ling Biu dari DAP pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.

Wong menang dengan majoriti 505 undi apabila memperoleh 14,263 undi berbanding Ding dengan 13,758 undi.

Ding memfailkan petisyen itu mengikut Seksyen 10(a),(c),(d),(e) dan (f), Seksyen 11(1)(b), Seksyen 32(a), 34(c),35(a) dan (b) dan Seksyen 36 Akta Kesalahan-keslahan Pilihan Raya 1954 untuk membatalkan keputusan itu.

Dalam petisyen itu, Ding menamakan Pegawai Pilihan Raya Alex Liau, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Wong, masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan