156 Majikan Tidak Mancarum KWSP Didenda

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 156 majikan yang tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan denda berjumlah RM184,900 oleh mahkamah pada suku kedua tahun ini berakhir 30 Jun.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata jumlah itu turun sebanyak 10.86 peratus berbanding 175 majikan pada suku pertama tahun ini.

Katanya, denda dikenakan adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991, di mana semua majikan dikehendaki membayar caruman bulanan untuk pekerja mereka sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan.

"KWSP menguatkuasakan peraturan ini untuk melindungi kepentingan ahli (pencarum). "KWSP berjaya mengesan majikan tidak mencarum hasil penguatkuasaan yang cekap dan ketat serta keprihatinan yang semakin meningkat dalam kalangan ahli untuk memantau majikan yang tidak mencarum melalui i-Akaun dan Kios KWSP," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata denda yang dikenakan ialah antara RM6,000 dan RM3,000.

Katanya, mahkamah lazimnya membenarkan majikan yang didenda menjelaskan tunggakan caruman melalui ansuran sehingga enam bulan dan akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli terbabit setelah semua tunggakan dibayar.

"Setakat 30 Jun 2013, KWSP juga telah mengemukakan nama 272 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 30 Akta KWSP 1991, " katanya.

Nik Affendi berkata oleh itu, ahli digesa supaya menyemak penyata KWSP dengan lebih kerap untuk memastikan caruman KWSP mereka adalah teratur.

"Sekiranya ahli mendapati sebarang keraguan dalam akaun mereka, mereka perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan surat pelantikan," katanya.

Katanya, laporan itu boleh dibuat di cawangan KWSP berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat. "Ahli juga boleh mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my ," katanya.

Di samping itu, Nik Affendi berkata pihaknya menyarankan agar majikan menggunakan kemudahan e-Caruman yang disediakan melalui i-Akaun bagi membolehkan mereka mengemukakan maklumat caruman secara online dengan selamat.

"Kemudahan e-Caruman adalah selamat dan menjimatkan masa sekali gus meningkatkan kecekapan operasi majikan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan