Ekstradisi: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Negara

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menolak permohonan pejabat Peguam Negara bagi penangguhan perintah pembebasan seorang anak VIP dari Iran, selepas memutuskan bahawa tiada keadaan khas yang dikemukakan di mahkamah untuk memudahkan Jabatan Imigresen menahan lebih lanjut lelaki itu, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Hakim, Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusan ringkasnya berkata Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 57 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang digunakan pejabat Peguam Negara untuk menyokong permohonannya tidak terpakai dalam perkara ini.

Keputusan Mohd Azman dibacakan oleh Penolong Pendaftar Nooraini Yusof di mahkamah terbuka.

Memberi respons segera terhadap keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Mohd Duzuki Mokhtar memberitahu pemberita bahawa beliau akan mendapatkan arahan pejabat Peguam Negara sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan pada Rabu dan mengesahkan bahawa Sajad Farhadi, 34, masih ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Putrajaya.

Beliau juga berkata, tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan mengenai rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri dan tiga lagi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Ogos yang telah membenarkan writ habeas corpus dalam membebaskan Sajad.

Sementara itu peguam Sajad, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Jabatan Imigresen menahan Sajad kerana pelanggaran syarat visa dan tempoh tahanan remannya dijangka berakhir pada Khamis.

"Kami akan tunggu beberapa hari lagi sama ada Sajad akan ditahan lebih lanjut sebelum kami memutuskan sama ada untuk mengenakan prosiding menghina mahkamah terhadap jabatan itu," kata Shafee.

Pada 11 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan pendakwaaan untuk memudahkan Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Sajad ke Amerika Syarikat.

Sajad dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap lebih 30 tuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, pemalsuan dan penyeludupan barangan di daerah utara California.

Dalam membenarkan permohonan habeas corpus pada 2 Ogos, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah dan waran pemenjaraan di bawah Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992, tidak dilaksanakan dengan undang-undang dan oleh itu Sajad akan dibebaskan segera. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan