Mahkamah Putuskan Pada Selasa Bantahan Awal DUN Selama

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya akan memutuskan bantahan awal petisyen pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Selama pada Selasa.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Abdul Rahman Sebli menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah bantahan awal pada Isnin.

Petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi kerusi tersebut difailkan oleh calon PAS, Mohd Akmal Kamarudin.

Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi DUN berkenaan dinamakan sebagai responden pertama manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua.

Pada prosiding Isnin, Abdul Rahman mengeluarkan perintah halangan terhadap tiga peguam kerana tiada locus standi, dan nama mereka tidak disenarai sebagai peguam pempetisyen untuk berhujah.

Pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Pempetisyen, Mohd Akmal, diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.

Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Mohd Akmal kalah kepada calon BN itu dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan