BN Kekal Kemenangan DUN Selama, Tolak Petisyen PAS

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selama selepas menolak petisyen yang difailkan calon PAS Mohd Akmal Kamaruddin.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya berkata pempetisyen gagal mengemukakan permohonan petisyen yang lengkap dan tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.

"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasan berhubung petisyen itu," katanya.

Hakim memerintahkan Mohd Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama, anggota DUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohd Akmal diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Mohamad Daud menewaskan Mohd Akmal dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan