Curi Komponen Motosikal, Pemandu Bas Kilang Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu bas kilang pada Isnin dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri komponen motosikal.

Hakim Yasmin Abdul Razak memerintahkan A.Nagaratnam, 36, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap 10 Ogos lepas.

Nagaratnam didakwa mencuri komponen motosikal iaitu penutup meter di bawah Blok A, Taman Sri Manja, di sini pada 4.30 pagi, Sabtu lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap oleh penduduk kawasan berkenaan ketika dia sedang mencuri komponen motosikal itu berserta beg berisi peralatan mencuri komponen berkenaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah mengambil kira kesalahan lampau tertuduh yang pernah didakwa atas kesalahan menyamun tiga tahun lepas.

Bagaimanapun, Nagaratnam yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia sudah insaf dan mempunyai tanggungan termasuk seorang bayi yang baru lahir. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan