Empat Didakwa Culik Pemilik Syarikat Pencetakan

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap pertuduhan menculik seorang pemilik syarikat pencetakan bagi mendapatkan wang tebusan RM9,000 bulan lepas.

Pelayan restoran Lee Thiam Kwee, 42, Wong Wei Loong, 35, Ng Wei Boon, 33, masing-masing penganggur, dan penyelenggara lif Hong Chee Seng, 33, hanya mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Suzarika Sahak.

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 4 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mereka bersama beberapa individu lain yang masih bebas didakwa menculik Chung Lim Lee, 53, untuk mendapatkan wang tebusan itu di Taman Tasik Manjalara, Kepong di sini pada 6.30 pagi, 16 Julai lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor E. Chandrasegaran manakala Lee diwakili peguam K.L Yong. Tiga tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lelaki warga Nepal mengaku tidak bersalah menceroboh Kedutaan Pakistan di sini bulan lepas.

Tara Prasad Khatri, 21, didakwa menceroboh dengan memanjat pagar belakang dan melompat ke kawasan kedutaan tanpa kebenaran pada 11.15 malam, 23 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 September untuk lantikan peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan