Mahkamah Tolak Permohonan Wan Ahmad Batal Pembelaan Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak permohonan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk membatalkan pembelaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat lagi dalam kes saman fitnah melibatkan artikel di Harakah.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Norhazira Abu Haiyan yang mewakili Wan Ahmad dan peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan.

Azhana memberitahu pemberita bahawa mahkamah menolak permohonan (membatalkan) yang difailkan pada 15 Mei itu dengan kos RM5,000 dan menetapkan 25 September untuk pengurusan kes.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad (plaintif) memfailkan saman fitnah itu terhadap lima defendan iaitu Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas selain mendakwa kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda mereka sendiri.

Sehubungan itu, Wah Ahmad memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau Internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh kesemua defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah dan kos.

Sementara itu, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2 April lepas, kesemua defendan menafikan dakwaan Wan Ahmad dan mendakwa tindakannya memfailkan tuntutan fitnah ke atas mereka memberi kesan kepada hak kebebasan bersuara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan