Mahkamah Batal Pembebasan Doktor, Arah Bela Diri Tuduhan Bunuh Isteri

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin membatalkan pembebasan seorang doktor dan memerintahkannya membela diri atas tuduhan membunuh isterinya hampir enam tahun lepas.

Panel lima hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2010 membebaskan Dr Jitweer Singh Ojagar Singh di akhir kes pendakwaan tanpa memanggil tertuduh membela diri.

Pihak pendakwa memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap pembebasan Dr Jitweer selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka pada September 2011.

Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, seorang daripada anggota panel berkenaan.

Tan berkata berdasarkan penilaian maksimum Mahkamah Persekutuan, iaitu keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwa telah membawa kepada satu kesimpulan logik iaitu Dr Jitweer sendiri yang menyebabkan kematian isterinya, Shento Kaur Jaswant Singh, 46.

Tan berkata berdasarkan gabungan bukti, apabila disimpulkan bersama telah membangkitkan pertuduhan melampaui keraguan munasabah.

"Keterangan pakar patologi adalah sangat jelas. Mangsa mempunyai kecederaan yang pelbagai dan mati akibat asfiksia. Mangsa mati bukan disebabkan punca semula jadi. Semua pemerhatian saksi mengenai fakta itu tidak dicabar," katanya.

Tan berkata hakim perbicaraan sepatutnya menerima kesimpulan pakar patologi itu dan tidak menolaknya.

"Berhubung fakta berkaitan pakar patologi kami berpuas hati ia di luar keraguan yang munasabah iaitu punca kematian bukan disebabkan kemalangan, bukan membunuh diri tetapi dibunuh," katanya.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali memerintahkan Jitweer membela diri di hadapan hakim perbicaraan yang sama.

Mahkamah memerintahkan kes itu disebut di Mahkamah Tinggi pada 14 Ogos.

Dr Jitweer, 59, akan ditahan, sementara menunggu pendengaran pembelaannya selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan ikat jamin tertuduh RM400,000 dengan dua penjamin yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Sept 2008.

Dr Jitweer didakwa membunuh Shento di rumah mereka di Bandar Country Homes, Rawang, antara 7 pagi dan 8.10 pagi pada 22 Oktober 2007.

Pakar patologi forensik yang melakukan bedah siasat berkata si mati berkemungkinan meninggal dunia akibat asfiksia iaitu kesukaran bernafas disebabkan tekanan di bahagian leher oleh benda lembut atau pembalut lebar.

Bukti menunjukkan perkahwinan antara tertuduh dan si mati tidak bahagia, sering berlaku pertengkaran dan pergaduhan. Sejak 2004, mereka tinggal berasingan.

Dr Jitweer diwakili peguam Karpal Singh manakala pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan