Mahkamah Akan Dengar Petisyen Pilihan Raya DUN Klias

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya akan mendengar petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Hakim Datuk Yew Jen Kee membuat keputusan itu selepas mendengar hujah calon Barisan Nasional (BN) Isnin Alianseh yang memohon keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi DUN berkenaan, yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Lajim Ukin dengan majoriti 179 undi, dibatalkan.

Yew turut memerintahkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Klias dikeluarkan daripada senarai responden kerana pempetisyen gagal mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan Akta Kesalahan Pilihanraya.

Isnin memfailkan petisyen itu kerana mendakwa berlaku perbuatan rasuah serta penggunaan bahan kempen yang tidak memaparkan nama pencetak semasa kempen pilihan raya di kawasan berkenaan.

Sementara itu, mahkamah sama menolak petisyen Lajim untuk membatalkan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Beaufort, yang dimenangi calon BN Datuk Azizah Mond Dun dengan majoriti 673 undi.

Dalam penghakimannya, Yew berkata mahkamah mendapati dakwaan yang dikemuka, termasuk pengunaan bangunan awam untuk berkempen dan dakwat kekal serta pengundi bukan warganegara membuang undi pada PRU-13, tidak mempunyai merit serta gagal mematuhi Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihanraya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan