Lelaki Didakwa Tipu & Pecah Amanah RM500,000

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Program E-Pendidikan Genius mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan menipu, dua pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan bersubahat membabitkan wang berjumlah RM500,000.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Raja Azman Shah Raja Alang Petra, 47, merangkap bekas Ketua Eksekutif tabung kebajikan itu, melalui dua pekerjanya Hishamsol Othman dan Zuraimi Abd Rahim, didakwa menipu tiga syarikat iaitu Bakam Suci Sdn Bhd, Zamrud Enterprise dan Pink Style Marketing supaya melabur wang RM500,000 ke dalam tabung kebajikan itu.

Melalui pelaburan itu, syarikat berkenaan boleh menjalankan kerja-kerja bagi Program E-Pendidikan Genius iaitu 'Supply Installation, Testing and Commissioning Services for IT Facilities and Accessories' (Pembekalan Pemasangan, Menguji dan Pentauliahan Perkhidmatan bagi Kemudahan IT dan Aksesori) untuk 812 sekolah di tiga negeri.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Raja Azman Shah didakwa pecah amanah terhadap wang berkenaan berjumlah RM290,000 bagi kegunaan sendiri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa bersubahat dengan Hishamsol dan Zuraimi untuk menipu pemilik Zamrud Enterprise, Ng Suat Hon, 58, dengan memperdayakannya untuk menyumbang RM200,000 ke dalam tabung pendidikan itu.

Sumbangan itu bagi membolehkan Zamrud Enterprise mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang tertuduh tahu syarikat itu (Zamrud Enterprise) tidak layak ditawarkan pengecualian itu yang bertarikh 25 Oktober 2007.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Raja Azman Shah didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Tabung Kebajikan dan Pendidikan Program E-Pendidikan Genius, Suite 17.2 Level 17, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail di sini antara September 2006 hingga 30 Januari 2008.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 12 September untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kevin Morais manakala tertuduh diwakili peguam Bernard Lewis.

Pada 18 Jun lepas, bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius, Hishamsol, 43, serta bekas koordinator agensi berkenaan Zuraimi, 39, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu pemilik syarikat pembekal barangan am. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan