Lelaki Bunuh Isteri Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pengusaha sewaan mesin jengkaut selepas didapati bersalah membunuh isterinya tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Wong Ban Chong, 55, kerana turut mencederakan seorang lagi wanita iaitu anak angkatnya, Ch'ng Sheue Mei, 28.

Wong didakwa membunuh Ung Siew Lim, 47, di sebuah rumah di Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu di sini pada 17 Feb 2012 pukul 2.17 pagi dan turut didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada anak angkatnya, dengan menetak menggunakan parang pada tempat, tarikh dan waktu sama.

Mohd Zaki membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Wong.

Beliau berkata tertuduh dalam pembelaannya menyatakan dia turut cedera ketika mempertahankan dirinya daripada diserang kedua-dua wanita terbabit namun profil asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati tertuduh cedera semasa cuba memasuki tingkap di belakang rumah mangsa.

Beliau berkata tiga anak mangsa yang berada di dalam rumah semasa kejadian juga memberitahu mahkamah Wong memecah masuk ke rumah mereka secara agresif melalui tingkap dapur.

Saksi berkata mereka yang ketakutan berlari ke luar rumah untuk menyelamatkan diri dan tertuduh mengejar mereka sebelum menyerang mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Afza Dahari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan