Nallakaruppan Dibenar Merayu Dalam Kes Saman Fitnah Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Senator S.Nallakaruppan dibenar merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah melakukan fitnah selepas menolak pembelaannya dalam kes saman fitnah RM60 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif memberi kebenaran itu kepada Nallakaruppan.

Anggota lain panel ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dan Datin Paduka Zaleha Zahari.

Hakim Raus membenarkan permohonan Nallakaruppan atas dua persoalan undang-undang yang akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalan itu berkait dengan sama ada penyediaan keterangan lebih lengkap dan lebih baik yang tidak memadai boleh dijadikan alasan untuk membatalkan pembelaan.

Anwar memfail saman itu pada 25 Ogos, 2008 berhubung perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah oleh Nallakaruppan dalam artikel, "Anwar terima RM60 juta" yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada Ogos 2008.

Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi mendapati Nallakaruppan, presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), bersalah membuat kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar mendakwa Nallakaruppan gagal mengemukakan keterangan yang lebih lengkap dan lebih baik mengenai dakwaannya terhadap Anwar, sebagaimana diarahkan menerusi satu perintah mahkamah pada 28 Ogos, 2009.

Nallakaruppan diwakili oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Anwar oleh peguam R.Sivarasa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan