Kes Empat Polis Didakwa Bunuh Tahanan Lokap Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan kes empat anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia.

Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan diketuai Datuk Hazman Ahmad manakala peguam Michelle Yesudas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan