Bekas CEO, Pengarah KPF Dituduh Pecah Amanah RM30 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan KPF Quality Foods Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan wang bernilai RM29.16 juta.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Sarchu. 64, mengaku tidak bersalah atas tuduhan CBT melibatkan wang RM16 juta.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan jaminan RM2 juta dan 13 September depan untuk pendengaran semula kes.

Tuduhan sama turut dikenakan terhadap bekas pengarah tersebut, Datuk Tan Han Kook, 59, membabitkan wang RM13.16 juta.

Mahkamah membenarkan ikat jaminan RM1 juta terhadap Tan dengan dua orang penjamin dan menetapkan 13 September depan untuk pendengaran semula kes.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab antara 2011 dan tahun lalu.

KPF yang terlibat dalam pemasaran dan pembungkusan produk pertanian merupakan syarikat subsidiari Felda.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan