Kulasegaran Gagal Cabar Pelantikan Menteri, Timbalan Menteri

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran gagal dalam usahanya untuk mencabar pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri pada bulan lepas sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Zaleha Yusof menolak permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman di hadapan semua pihak pada Selasa.

Peguam R.Kengadharan, A.Sivanesan dan K. Munusamy mewakili pihak Kulasegaran manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan Suzana Atan mewakili kedua-dua menteri dan tiga timbalan menteri.

Hakim Zaleha berkata beliau telah meneliti undang-undang dan pandangannya melalui pembacaan Perlembagaan Persekutuan, yang dilantik dan mengangkat sumpah adalah dua perkara yang berbeza.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan