Hare Krishnan Didakwa Sebabkan Kematian Dharmendran

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Insp S. Hare Krishnan
Insp S. Hare Krishnan

KUALA LUMPUR: Inspektor S.Hare Krishnan didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa kerana menyebabkan kematian N.Dharmendran pada 21 Mei di pejabat Siasatan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kesalahan adalah di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dhamendran telah ditangkap pada 11 Mei kerana disyaki cuba membunuh melibatkan senjata api dan ditahan reman dari 12 Mei sehingga kematiannya pada 21 Mei.

Pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 22 Mei menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan pada tisu lembut kerana pelbagai daya ”trauma tumpul”.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia berkata pihak pendakwaan sedang menunggu laporan bedah siasat akhir dan bersedia untuk ke mahkamah pada Jumaat.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

Dia menyerah diri kepada polis pada pukul 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin, selepas enam minggu bersembunyi.

Sebelum ini, tiga anggota polis, Sjn Jaffri Jaafar, Kpl Mohd Nahar Abd Rahman dan Kpl Haswadi Zamri Sahari didakwa kerana membunuh Dharmendran pada 15 Jun.

Di luar mahkamah, isteri Dharmendran Marry Mariya Susay berkata Insp Hare Krishnan sepatutnya tampil lebih awal.

"Saya harap dia dapat bercakap pada sebutan akan datang, saya akan menunggu sehingga 2 Ogos ini dan melihat apa yang berlaku," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan