BN Kekal Kemenangan Di Kerusi DUN Lubok Merbau

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) bagi kawasan berkenaan dengan kos.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat, kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Perintah berkenaan hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya dan bukan firma guaman.

Beliau membuat keputusan itu selepas sesi pendengaran bantahan awal yang dibenarkan bagi pihak pempetisyen dan kesemua responden selesai sebelum ini.

Abdul Rahman juga memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada responden pertama iaitu Datuk Siti Salmah Mat Jusak yang kini merupakan anggota DUN kawasan berkenaan dari parti BN.

Pengundi itu juga diperintahkan membayar masing-masing RM10,000 kepada responden kedua iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi Lubok Merbau, Abdul Halim Hamed.

Empat peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamauddin dan Abu Bakar As Sidiq mewakili Siti Salmah, tiga orang Peguam Kanan Persekutuan Norazmi Narawi, Muhamad Anas Mahadzir dan Norinna Bahadon pula mewakili SPR manakala pempetisyen diwakili peguam Aminuddin Zulkifli.

Abdul Rahman kemudian meneruskan sesi pengurusan kes bagi petisyen DUN Lubok Merbau juga yang difailkan oleh seorang lagi pengundi di kawasan berkenaan.

Pada 12 Jun lepas, Abdul Karim dari parti PAS menfailkan petisyen itu bagi membatalkan keputusan PRU13 kerusi berkenaan dengan beberapa alasan termasuk berlakunya amalan penyogokan atau rasuah.

Calon BN Siti Salmah mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi pada PRU13 bagi kerusi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan