Penimbang Tara Didakwa Tipu Pengarah KLRCA

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penimbang tara bertauliah pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) tiga tahun lepas.

Yusof Holmes Abdullah, 69, rakyat Britain yang memiliki status penduduk tetap Malaysia, didakwa menipu pengarah itu dengan memperdaya KLRCA untuk mempercayai bahawa 'Statement of Independence' bertarikh 18 Januari 2010 yang ditandatanganinya adalah benar.

Perbuatan itu mendorong pengarah KLRCA melantiknya sebagai penimbang tara dalam pertikaian antara JMR Construction Sdn Bhd dengan Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya mengetahui perakuan itu tidak benar.

Yusof Holmes didakwa melakukan kesalahan itu di KLRCA di sini pada 25 Jan 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu membuat perakuan yang sama berkenaan timbang tara antara dua syarikat yang sama, yang diketahuinya adalah palsu di tempat dan masa sama.

Yusof Holmes didakwa mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid tidak menawarkan sebarang jaminan.

Peguam K.K. Wong yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya yang mempunyai isteri rakyat tempatan telah menetap di negara ini lebih 30 tahun dan pasportnya juga diserahkan kepada mahkamah bagi kes yang sedang dihadapinya di Pulau Pinang.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 21 Ogos untuk sebutan.

Pada 26 Jun lepas, Yusof Holmes mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang terhadap pertuduhan meminta suapan RM6 juta daripada seorang ahli perniagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan