Pemandu Teksi Dipenjara Kerana Curi Cek

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa terhadap pertuduhan mencuri dan menunaikan dua keping cek berjumlah RM55,100 milik seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk'.

Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap B. Ganasa, 37, selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan dan satu sebatan, mengikut Seksyen 403 kanun sama.

Bagaimanapun, Ganasa hanya perlu menjalani hukuman penjara setahun enam bulan dan satu sebatan selepas Noorasyikin memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula Selasa.

Ganasa didakwa mencuri dua keping cek HSBC berjumlah RM55,100 milik Derrick Lim Chi Leong, 36, yang juga majikannya, di RHB Bank, Jalan Tun Razak di sini pada 3 petang, antara 1 dan 31 Jan 2012.

Dia juga didakwa dengan curangnya menunaikan dua keping cek itu melalui seorang lelaki berusia 56 tahun, sedangkan mengetahui cek itu bukan kepunyaannya di tempat, masa dan tarikh sama.

Dalam fakta kes, Lim menyatakan buku ceknya pernah hilang dan mengesyaki cek tersebut telah dipalsukan individu yang tidak diketahui menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM252,361.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan