Mahkamah Tangguh Bicara Kes Culik Nayati Sehingga 21 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan perbicaraan kes culik kanak-kanak lelaki Belanda, Nayati Shamelin Moodliar sehingga 21 Oktober ini bagi membolehkan kanak-kanak itu memberi keterangannya.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Sulaiman.

Nik Suhaimi berkata, Nayati kini berada di Afrika Selatan dan hanya boleh hadir ke mahkamah pada tarikh berkenaan.

Mahkamah turut dimaklumkan perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan kerana Jean Sharmila Jesudason, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya dalam kes berkenaan, jatuh sakit.

Setakat ini, 15 saksi telahpun memberi keterangan pada perbicaraan Chong Tat Siong, 25, Foong Khar Fai, 20, kedua-duanya penjual telefon bimbit, dan penganggur Lee Phak Seng, 25, yang didakwa menculik kanak-kanak itu.

Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, pada 7.30 pagi, 27 April 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tat Siong diwakili peguam Rajinder Singh, manakala Foong dan Lee, masing-masing diwakili Datuk Hanif Hashim serta K.T. Wong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan