Broker Rumah Dipenjara Sehari, Denda RM10,000 Terima Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang broker rumah bebas, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau jika gagal enam bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini selepas mengaku bersalah menerima suapan RM1,000 daripada seorang lelaki.

Kua Boon Huat, 49, menerima wang itu daripada M. Rajamanogaran pada 10.35 pagi 18 April lalu di Kompleks Mahkamah Tinggi Johor Baharu di sini sebagai dorongan agar tertuduh tidak meneruskan proses beli rumah Rajamanogaran, yang dilelong Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Kua didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh berjumpa mangsa pada 11 April lepas dan meminta suapan RM10,000 sebagai dorongan untuk tidak meneruskan proses beli rumah itu.

Bagaimanapun, mangsa membuat laporan kepada SPRM pada 15 April dan tiga hari kemudian Kua ditahan SPRM selepas menerima bayaran yang dikurangkan kepada RM1,000 daripada Rajamanogaran.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ridzuan Abdul Malik di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan