Permohonan Semakan Semula Kehakiman Difailkan Alvin, Vivian Didengar Khamis Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan semakan semula kehakiman difailkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka dijamin.

Peguam Chong Joo Tian yang mewakili Tan dan Lee memberitahu pemberita hari ini bahawa kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.

Kedua-dua mereka yang didakwa atas tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah di laman sosial Facebook mengemukakan permohonan tersebut Jumaat lepas.

Mereka mendakwa Hakim Murtazadi Amran melakukan kesilapan kerana tidak membenarkan mereka diikat jamin, dan ia adalah bertentangan dengan undang-undang.

Menerusi alasan permohonan, Tan, 24, dan Lee, 25, mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, dan hujah pihak pendakwaan bahawa mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama sekiranya diberikan jaminan, adalah tidak berasas.

Dakwa mereka lagi, segala peralatan komputer dan elektronik milik mereka telah dirampas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sekiranya terdapat risiko untuk berbuat kesalahan yang sama, mahkamah boleh menetapkan syarat di dalam jaminan untuk menegahnya.

Tan dan Lee turut menyatakan bahawa ahli keluarga mereka tinggal di negara ini, dan tidak memungkinkan mereka melarikan diri.

Namun jika terdapat risiko sedemikian, pasport mereka boleh dikompaun atau dirampas sehingga perbicaraan selesai.

Pada 18 Julai lalu, Hakim Murtazadi tidak membenarkan Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, diikat jamin sementara menunggu perbicaraan, atas sebab kepentingan awam.

Tan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, manakala Lee di Penjara Kajang.

Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin berikutan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan Akta Penapisan Filem, tidak membenarkan jaminan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan