Pelajar Dipenjara Sehari, Jual Bunga Api

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar dijatuhi hukuman penjara sehari oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana menjual bunga api di bazar Ramadan di Kampung Baru.

Majistret Noorasyikin Sahat turut mengarahkan Mohd Fitkry Rosly, 19, untuk membayar denda RM800 kerana memiliki bahan letupan dalam keadaan mencurigakan.

Mohd Fitkry mengaku bersalah kerana melakukan kesalahan itu pada kira-kira 6 petang di bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di Kampung Baru pada 19 Julai lalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Dia didakwa menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun termasuk dua kotak besar "Pop-pop", sembilan kotak bunga api "Happy Boom" dan 17 bungkus mercun "Thunder Clap".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan