Pemimpin Pembangkang Didakwa Di Bawah Akta Perhimpunan Aman Mohon Ketepi Pertuduhan - Berita Mahkamah | mStar

Pemimpin Pembangkang Didakwa Di Bawah Akta Perhimpunan Aman Mohon Ketepi Pertuduhan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang ahli Parlimen Pembangkang dan seorang pemimpin PKR Perak yang didakwa sebelum ini di bawah Akta Perhimpunan Aman akan mengemukakan usul kepada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan pertuduhan terhadap mereka.

Di Mahkamah Sesyen di sini, peguam Ranjit Singh mewakili Ahli Parlimen Ipoh Timur Su Keong Siong dan Mohammad Anuar Zakaria berkata usul itu penting kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Su, 47, didakwa mengikut Seksyen 9 (1) kerana gagal memaklumkan Ketua Polis Daerah Ipoh mengenai perhimpunan tersebut sekurang-kurangnya 10 hari lebih awal mengenai satu ceramah pada 9 Mei di Dewan Wisma Chin Woo.

Ranjit juga menimbulkan isu untuk perhatian mahkamah mengenai beberapa saksi pembelaan yang dipanggil oleh pihak polis untuk merakamkan kenyataan mereka selepas anak guamnya didakwa.

Hakim Julie Lack Abdullah kemudian menetapkan tarikh sebutan pada 13 September.

Di mahkamah yang sama, Ranjit juga mewakili Setiausaha PKR Perak Mohammad Anuar, 46, yang didakwa di bawah seksyen yang sama kerana menganjurkan Perhimpunan Black 505 pada 12 Mei di depan pejabat PKR negeri.

Ranjit juga menyatakan bahawa usul yang akan dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan pertuduhan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan