Husam Tarik Balik Saman Fitnah RM5 Juta Terhadap Kickdefella

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah menarik balik saman fitnah RM5 juta terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang juga dikenali sebagai Kickdefella.

Peguam Syed Azidi, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata peguam Husam telah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mahu menarik balik saman itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya dalam kamar membenarkan permohonan tersebut dan mengarahkan Husam membayar kos kepada Syed Azidi sebanyak RM40,000.

Husam memfailkan saman itu pada 19 September 2011, mendakwa bahawa tiga artikel yang disiarkan di blog Syed Azidi ini mengandungi unsur-unsur fitnah mengenai beliau.

Artikel-artikel yang didakwa tersiar di kickdefella.wordpress.com antara Januari dan Julai, 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan