23 Julai Keputusan Bantahan Awal Petisyen Parlimen Ketereh, Empat DUN

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Khamis menetapkan 23 Julai ini bagi keputusan bantahan awal petisyen yang difailkan untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Ketereh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN berkenaan ialah Air Lanas, Kok Lanas, Mengkebang dan Manek Urai.

Hakim Pilihan Raya Datuk John Louis O'hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada pihak pempetisyen dan responden bagi setiap petisyen berkenaan.

Petisyen bagi Parlimen Ketereh difailkan PKR untuk membatalkan keputusan PRU13 yang dimenangi Barisan Nasional (BN) manakala petisyen DUN Air Lanas dan Kok Lanas difailkan PAS bagi membatalkan kemenangan calon BN.

Petisyen DUN Mengkebang dan Manek Urai pula difailkan BN bagi membatalkan kemenangan calon PAS.

Pada PRU-13 lalu, calon BN Tan Sri Annuar Musa memenangi kerusi Parlimen Ketereh setelah menewaskan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dengan majoriti 974 undi manakala calon BN, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menang kerusi DUN Air Lanas dengan mengalahkan calon PAS Abdullah Ya'kub dengan majoriti 47 undi.

Calon BN Datuk Md Alwi Che Ahmad menang kerusi DUN Kok Lanas selepas menewaskan calon PAS Nik Mahadi Mahmood dengan majoriti 169 undi, manakala calon PAS Abdul Latiff Abdul Rahman memenangi kerusi DUN Mengkebang dengan mengetepikan calon BN Azizzuddin Hussein dengan majoriti 1,072 undi.

DUN Manek Urai dimenangi calon PAS Mohd Fauzi Abdullah selepas menewaskan calon BN Che Jalal Muda dengan majoriti 1,633 undi.

Bagi setiap petisyen, calon yang memenangi kerusi Parlimen dan empat DU Nterbabit dinamakan sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, pihak pempetisyen BN telah menarik balik petisyen terhadap responden kedua dan ketiga bagi DUN Air Lanas, Manek Urai dan Mengkebang.

Pada prosiding Khamis, Hakim O'hara membenarkan bantahan yang dikemukakan peguam mewakili BN Datuk Mohd Hafarizam Harun terhadap tiga peguam untuk mewakili pempetisyen bagi Parlimen Ketereh iaitu R. Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor, bagaimanapun membenarkan ketua barisan peguam PAS Hisham Fauzi mewakili pempetisyen tersebut.

Menurut Mohd Hafarizam, ketiga-tiga peguam itu tidak boleh mewakili pempetisyen itu kerana mereka bukan peguambela yang dilantik oleh pempetisyen mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Hakim O'hara juga membenarkan bantahan yang dikemukakan oleh peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin terhadap Mohd Hafarizam, Abu Bakar As-Siddiq, dan Raihanah Ashriqin Ariffin daripada mewakili pempetisyen DUN Mengkebang dan Manik Urai, kerana notis pelantikan tiga peguam bela tersebut difailkan tidak mengikut Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Bagaimanapun, beliau membenarkan peguam BN Mohd Ilyas Mohd Noor mewakili pempetisyen bagi kedua-dua DUN tersebut.

Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria dan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga bagi setiap petisyen. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan