Petisyen Bagi Kerusi Parlimen Setiawangsa Perlu Ditolak - Peguam Kanan Persekutuan

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Responden dalam petisyen pilihan raya bagi kawasan parlimen Setiawangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu menggesa Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak petisyen itu kerana ia mempunyai kecacatan.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke, yang mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata pemitisyen, calon PKR Ibrahim Yaacob, tidak memenuhi keperluan mandatori undang-undang pilihan raya ketika mengemukakan kes itu.

Dalam hujahnya pada bantahan awal bagi pihak responden, Loke berkata mahkamah itu perlu melihat petisyen itu sebagai mempunyai kecacatan dan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penyiasatan lebih lanjut daripada segi merit apabila dibuktikan bahawa petisyen itu mempunyai kecacatan.

Katanya mahkamah perlu mengetepikan petisyen Ibrahim atas alasan pemitisyen gagal menyatakan fakta dan alasan menurut peruntukan mandatori Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memberitahu Hakim Pilihan Raya Zabariah Mohd Yusof bahawa sebahagian besar fakta yang dikemukakan pemitisyen tidak menyebut punca beliau mengambil tindakan itu.

"Semua aduan pemitisyen patut ditolak kerana ia tidak memenuhi dua aspek asas. Pertama, fakta yang dikemukakan gagal menunjukkan berlaku ketidakpatuhan terhadap undang-undang bertulis berkaitan perjalanan pilihan raya seperti yang disyaratkan.

"Kedua, pemitisyen gagal menunjukkan daripada fakta yang dikemukakan bahawa dakwan berlakunya ketidakpatuhan itu menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya.

Antara aduan yang dikemukakan Ibrahim dalam petisyennya ialah kertas undi dimanipulasi apabila 150 kertas undi pengundi awal ditanda dengan cara yang sama.

Mengenai hal ini, Loke berkata wujudnya persamaan tentang cara kertas undi ditanda semata-mata tidak bererti berlaku manipulasi dan perkara itu hanya merupakan andaian dan spekulasi pemitisyen.

Katanya Ibrahim juga membuat dakwaan tidak berasas bahawa peti undi telah diusik, semata-mata berdasarkan perbandingan yang beliau buat tentang peratusan jumlah undi yang diperolehnya melalui undi pos.

Zabariah menetapkan 23 Julai sebagai tarikh bagi peguam yang mewakili responden pertama Datuk Ahmad Fauzi Zahari mengemukakan bantahan awal dan peguam yang mewakili Ibrahim, memberi jawapan.

Pada pilihan raya umum lepas, Ibrahim kalah kepada calon Barisan Nasional Ahmad Fauzi dengan 1,390 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan