Lelaki Dituduh Bunuh Anak Dan Isteri Dirujuk Kepada Psikiatri

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh isteri, anak perempuan dan anak lelakinya akan dihantar ke Hospital Psikiatri Sentosa di Kuching untuk menjalani pemerhatian selama sebulan.

Hakim Mahkamah Sesyen Indra Abdul Ayup mengeluarkan perintah itu ketika Jacob Tiang Lay Yee dihadap ke mahkamah untuk sebutan kesnya, Rabu.

Perintah itu dikeluarkan berikutan permohonan peguam kanan persekutuan Yaacub Chik agar kontraktor berusia 43 tahun itu menjalani rawatan psikiatri.

Tiang dituduh membunuh isterinya Ling Yung Ming, 40, anak perempuan mereka Christine, 14, dan anak lelaki mereka Victor, dua tahun, di kawasan perumahan Pulau Li Hua di sini bulan lepas.

Dia juga menghadapi tuduhan sementara cuba membunuh seorang lagi anak lelaki mereka Soon Tai, 17 dan cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan tali pinggang di rumahnya.

Dia didakwa melakukan lima kesalahan itu pada 5 Julai antara 6.20 pagi dan 9.50 pagi di sebuah rumah beralamat 14B, Lane 1B, Pulau Li Hua Road.

Tiang mengaku memahami pertuduhan yang dibaca kepadanya dalam loghat Foochow dan berkata tidak berhajat mendapatkan khidmat peguam.

Tertuduh kelihatan tenang sepanjang perbicaraan, yang turut dihadiri kakak dan abang iparnya.

Tiang akan dihadap ke mahkamah sekali lagi untuk sebutan kes pada 19 Ogos sementara menunggu siapnya laporan bedah siasat dan laporan ahli kimia tentang mangsa serta laporan pemerhatian psikiatri terhadapnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan