Dua Pemandu Jentolak Didakwa Ceroboh Hutan Simpan Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua pemandu jentolak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Rabu bagi pertuduhan berasingan menceroboh hutan simpan kerajaan di Bukit Perak, Pendang pada Mac lepas.

Zainuddin Salleh, 47, dari Kampung Sawa Besar dan Nazarudin Arshad, 43, dari Kampung Pisang di Pendang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Osman.

Zainudin didakwa membersihkan tanah hutan simpan Bukit Perak, Mukim Padang Peliang, Pendang tanpa kebenaran pada 12 tengah hari 5 Mac lepas manakala Nazarudin didakwa melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 2.30 petang, keesokkannya (6 Mac).

Mereka dituduh mengikut Seksyen 81(1)(e) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadap Zainuddin dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Idayu Amir manakala pendakwaan terhadap Nazarudin oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Mohd Pisol dari Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan di Kuala Lumpur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Rosli membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.

Sementara itu di luar mahkamah, Pegawai Penyiasat Jabatan Hutan Kedah Asmadi Mohamad memberitahu pemberita kedua-dua mereka ditahan semasa sedang membersihkan hutan dengan menggunakan jentolak atau 'backhoe'.

Zainudin dikesan telah membersihkan kira-kira 0.3 hektar manakala Nazarudin membersihkan satu hektar hutan simpan bagi tujuan penanaman getah, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan