Tiga Lelaki Ke Tali Gantung Bunuh Bendahari MIC Ipoh Barat

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mendapati mereka bersalah membunuh Bendahari MIC Bahagian Ipoh Barat N. Sindambaram, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng membuat keputusan itu terhadap jurujual A. Manimaran, 24, peniaga S. Saravanan, 29, dan pengawal keselamatan K. Perumal, 31, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

"Setelah meneliti hujahan bertulis, pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah," kata Teo dalam penghakimannya.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh Sindambaram, 68, di rumah beralamat No.759, Jalang Wayang, Buntong, di sini, pukul 11.30 malam, antara 11 dan 12 Jan 2009.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebaik keputusan dibacakan suasana sedih menyelubungi mahkamah apabila anggota keluarga masing-masing menangis dan memeluk tertuduh manakala seorang daripada tertuduh bersuara menyatakan dia tidak bersalah.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata pada 29 Nov 2010, Mahkamah Tinggi yang sama melepaskan mereka tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada April lepas Mahkamah Rayuan memerintahkan kesemua tertuduh membela diri di mahkamah yang sama selepas pendakwaan mengemukakan rayuan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan