Subkontraktor Dipenjara 10 Tahun Sebabkan Kecederaan Pelajar Perempuan

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang subkontraktor dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mencederakan seorang pelajar perempuan yang boleh mendatangkan kematian, kira-kira 10 tahun lepas.

Hakim Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman terhadap Tan Guan Seng, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu.

"Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan ini," katanya sewaktu membuat penghakiman itu.

Yusoff bagaimanapun membenarkan permohonan Tan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu yang sepatutnya bermula hari ini sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tan yang berasal dari Johor Baharu, Johor kelihatan menundukkan muka sewaktu hukuman itu dijatuhkan.

Tan didakwa menjerut leher mangsa dengan sehelai kain tudung yang boleh menyebabkan kematiannya di satu kawasan semak di Kampung Lundang, Machang pada pukul 2.10 petang, 12 Ogos 2003, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan tertuduh darpada pertuduhan kedua iaitu merogol pelajar itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun 11 bulan, pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Sebelum itu, peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Nizam Muhamad merayu mahkamah meringankan hukuman dengan mengambil kira tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari memohon mahkamah mengambil kira kesalahan serius yang telah dilakukan tertuduh yang boleh menyebabkan kematian mangsa.

"Dalam kejadian itu tertuduh telah meninggalkan mangsa dalam keadaan pengsan tanpa diberikan sebarang pertolongan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan