Pemandu Jentera Berat Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang lelaki, yang menghadapi pertuduhan menakutkan mangsa secara jenayah, khianat dan membuat laporan palsu, menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh mengemukakan surat akuan kesihatan tertuduh Tham Choon Hai, 37, daripada hospital swasta.

Charanjit Singh mengemukakan permohonan agar Tham menjalani pemeriksaan itu berdasarkan percakapan tertuduh yang tidak stabil sewaktu polis merekodkan percakapannya.

Surat itu menyatakan Tham, 37, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat, menghidap masalah mental dan tidak mengambil ubat penenang sejak kebelakangan ini kerana masalah kewangan.

Pada prosiding Isnin, Tham yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh menakutkan mangsa, G. Kartigesan, 41, di kawasan tempat letak kereta Queensbay, pukul 3.30 petang 10 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Tham didakwa melakukan khianat menyebabkan Karthigesan kerugian RM300, pada waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 kanun sama yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan ketiga dia dituduh membuat laporan polis palsu mendakwa seorang anggota polis mencuri wang RM2,000 di dalam beg sandangnya, di Balai Polis Bayan Lepas, pukul 9 malam, hari yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan